Saturday, September 25, 2010

"God, King, Country"

Salam 1Malaysia untuk semua pembaca,
selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Rasullullah saw serta para sahabat.

  1. Hari ini saya terdetik untuk berbicara berkenaan dengan suatu perkara yg seharusnya sudah bersemadi dalam darah daging kita dan saya mengkhususkan kepada organisasi yg saya sanjungi dan hormati juga iaitu berkenaan dengan ketaatan kita kepada YDP Agong.
  2. Pagi tadi saya terasa sedikit kecewa, kerana seraya saya sedang berbicara dengan seseorang yg saya sanjungi peribadi beliau selaku seorang yg cemerlang; tentang perubahan dalam komuniti masyarakat kita ini yang berpaksikan kepada Ketaatan kepada YDP Agong ini perlu bermula dengan Angkatan Tentera Malaysia; telah ditemplelak oleh beliau secara keras.
  3. Hal ini menimbulkan kerisauan yang besar kerana disini adalah pusat dimana lahirnya seorang pegawai tentera dari 3 perkhidmatan yang akan menerajui organisasi masing-masing, tetapi apakah yang bakal terjadi sekiranya bakal pegawai ini tidak menyematkan di dalam hatinya bahawa ketaatan kita kepada YDP agung adalah yg tertinggi.
  4. Saya rasa mungkin beliau sedikit keliru dengan fahaman nya yg saya percaya lebih kepada pandangan individu semata-mata. Antara ungkapan beliau apabila saya berkata bahawa " Ketaatan Angkatan Tentera harus adalah kepada YDP Agong", beliau terus berkata, " Betol ker","Ak rase bende tu mustahil". Bayangkan hadirin sekalian, perkataan tersebut keluar dari mulut seorang bakal pegawai ATM dan mungkin bakal Panglima juga suatu hari nanti. Beliau juga berkata bahawa " Mustahil untuk YDP Agong untuk menyatukan semua kaum didalam ATM untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Rkun Negara dan Perlembagaan Negara".
  5. Saya berasa cukup tersentuh dalam hal ini kerana tatkala saya berbicara bukan sahaja kepada masyarakat awam tetapi dalam rancangan TV nasional apabila ditanyakan kepada saya adakah pemuda ataupun belia pada hari ini masih lagi patriotik dan sayangkan negara, saya dengan bangganya akan berkata " Kalau benarlah penyataan anda begitu, Mengapakah pada hari ini masih ramai anak-anak muda yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka, masa muda mereka, masa mereka bersama keluarga, kehidupan bebas mereka, mengharungi segala kesusahan dan kepayahan hidup hanya semata-mata demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. "
" These are the few young Men, who are willing to sacrifice their life, their freedom, their tranquility, just for the sake of their country, Malaysia" PM Malaysia
  • Namun, tanpa disangka-sangka, rupa-rupanya terdapat individu dalam komuniti saya sendiri yang tidak mempercayai ungkapan ini. MasyAllah.
  • Justeru hadirin sekalian, bagaimanakah kita (pegawai kadet) perlu bertindak dalam hal ini. Semua persoalan hanya akan terjawab apabila kita bermula dengan ketetapan dalam hati.
  • Kalau itulah realitinya bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak akan bersatu di bawah YDP Agong (walaupun saya rase ini tidak berlaku, tetapi sekadar penjelasan kepada sesiapa yang berfikiran sedemikian), maka kitalah selaku bakal pegawai pada masa hadapan perlu meletakkan dalam hati dan naluri kita dan orang bawahan yang bakal kita pimpin bahawa kita perlu percaya dan menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara.
  • Dalam Rukun Negara itu sendiri, Prinsip pertama: Kepercayaan Kepada Tuhan; dalam hal ini, semua bakal pegawai haruslah faham bahawa kita perlu mempunyai asas yang baik dalam agama supaya kita mampu melaksanakan tugas di perbatasan mahupun medan pertempuran dengan gagah dan berani.
  • Prinsip Kedua: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Inilah yang saya katakan bahawa dalam keadaan bagaimanapun pergolakan politik, mahupun perkauman didalam negara kita ini, Kesetiaan dan Ketaatan kita hanya boleh berpasakkan kepada prinsip ini iaitu Kepada YDP Agong termasuklah semua Raja-Raja Melayu khususnya kepada ATM dan kepada masayarakat umum secara am nya.
  • Jika sekiranya individu dalam ATM sendiri tidak memahami dan percaya perkara ini, maka siapakah lagi yang akan mempertahankan negara kita berdasarkan arahan di bawah YDPA sekiranya berlaku sebarang masalah yang berkehendakkan ATM untuk melaksanakan tanggungjawab.
  • Selanjutnya tentang rukun negara ini, saya sarankan untuk mengkaji semula sebarang penyataan yang dibuat melalui sebarg sumber; contoh :http://www.jpnin.gov.my/web/guest/kesetiaan @ http://ridhuantee.blogspot.com/2010/09/islam-semai-semangat-patriotisme.html
  • Akhir kata, saya amat berharap agar perkara ini difahami oleh semua lapisan masyarakat khususnya bakal pegawai dalam ATM (Pegawai kadet) yang berada di sini bersama saya. Kerana sekiranya kita sendiri tidak yakin bahawa kesetiaan kepada YDPA itu boleh dan harus dipupuk, maka siapalah lagi yang akan mempertahankan kedaulatan negara kita pada masa hadapan.
"God, King and Country"


Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli
Pegawai Kadet UPNM.
Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis - tanpa prejudis

Wednesday, September 22, 2010

Time to Change to a Better Strategy. But how?


Salam pembaca semua,

  1. Sudah agak lama saye tidak menulis sebarang perkembangan semasa. Mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi buat masa ni terlalu membebankan pale hotak yang sudah tersedia berserabut ni.
  2. Nak wat cmner, da nasib bdan cmni. 3 minggu tidak hadir ke kelas kerana menhadiri training dan persidangan GMUN 2010 ternyata sangat menyukarkan saya untuk mengejar semua matapelajaran. Di tambah pula dengan karenah segelintir lecturer yang bertindak mengikut emosi masing dengan menyalahkan para pelajar dengan tidak adil apabila keputusan seluruh kelas x bgus. Persoalannya.. dier ajar x btol ker atau kami yg main2. atau dier ajar btol n ktorg pon study gak..tp rezeki kitorg x baik mcm klas lain yg dpt soalan bocor.. haih...terima jer la bro..hhuhuhu..(ak ic klas plak tuh)
  3. Pulang dari cuti raya, alhamdullillah, segalanya berjalan lancar. tp berita x baik lak dtg bertalu-talu. result test lak kurg memberangsangkan. Cmner nih.. Mental gler!!
  4. Cmner pon.. life must go on. need someone to really motivate myself to be myself suatu masa dulu balik..
  5. Sekali skale terkenang kembali saat gemilang akademik dahulu..lepas spm dlu.. terasa sgt seronok dengan result 9' A.. melihat wajah ibu dan bapa tersenyum gembira dan bangga dengan pencapaian saya..Tapi, kawan sume dapat pergi Overseas...belajar jauh2...ble tanye wah!! "anak saye belajar kat overseas"" ak belajar kat US, UK, Ireland, France".ape yg x kne ek...Padahal result lebih kurg ak jer...Mungkin luck is not on my side..Dapat tempat ni.. Tp bile masuk universiti, mula terase kehilangan semangat itu.. nak kata x blaja da belajar gle da..tp knape masih x dapat momentum tuh..pale otak ni slow sgt nk mengira sume2 ni..geram tol la,,
  6. Am i doing the rite thing rite now. entah la..maybe ade hikmah nyer cam semua org ckp. Hanya berharap agar diriku ini mampu untuk bertahan sehingga perjuangan terakhir di sini. N maybe mmg masin mulut I slalu ckp..” my country needs me in the battlefield..haha..” sometimes I myself pon tergelak.
  7. I just hope that segala perkara baik yang i da wat kat sesiapa pon di dunia akan dibalas dengan sebaik-baik nyer suatu hari nti..
  8. and I do hope that evrything is on time and on track..setakat ni still ok lagi..so everyone..tolong la doakan yg terbaik untuk saye ye… usually I give motivasi tu budak2..but nw I think I yg perlukan motivasi yg berkesan daripada sesiapa sahaja yg membaca luahan ini
.


Wednesday, August 4, 2010

Siswa hari ini, Pemimpin Esok Hari....


*gambar ini diambil semasa simulasi Persidangan Agung PBB di Vistana Hotel. saya mengambil peranan selaku Duta AS ke PBB.

Salam kembali untuk semua pembaca..mungkin sudah agak lama saya tidak sempat untuk mengutus sebarang berita dalam blog ini kerana sedikit sibuk menjalani kursus persediaan wakil delegasi Malaysia ke Persidangan Global Model United Nation 2010 di PWTC.

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri satu sesi makan malam bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek. Saya diberi penghormatan selaku Penghulu program untuk makan semeja dengan beliau pada malam tersebut. Ini merupakan exposure baru kepada saya kerana saya tidak pernah mendapat peluang sebegini..


*Gambar kumpulan membariskan semua wakil delegasi Malaysia ke PBB 14 Ogos nanti (saya duduk 2 dari kiri)

Dalam perbualan kecil semasa sesi makan malam, saya berkesempatan untuk mengutarakan serba sedikit tentang permasalahan belia pada hari ini. Hal ini berkenaan dengan soal mentaliti belia kerana seperti mana kita sedia maklum, pemikiran kebanyakan mahasiswa ( bukan semua ye...) masih lagi belum mencapai tahap dimana kita mampu untuk melonjakkan kecemerlangan negara kita secara maksimum.

Justeru, saya telah mengutarakan satu idea yang mendapat sambutan yang baik oleh YB Menteri. Hal ini adalah bersempena dengan penganjuran Global Model United Nation Conference oleh Kuala Lumpur dimana pada tahun ini, proses pencarian wakil agak kelam-kabut dan last minute. Oleh itu, saya telah mencadangkan supaya pada tahun hadapan, satu konsep GMUN akan diadakan tetapi ia akan dijalankan secara domestik dahulu iaitu inter-universiti. Dengan cara ini, proses pencarian wakil akan dapat dijalankan dengan lebih mudah dan tertib..



*Semasa membentangkan " Has UN done enough in the Palestinian Issue", Alhamdullilah, berkat sokongan rakan-rakan, saya berjaya mendapat 5 pembentang terbaik.

Semasa menjalani kursus persediaan tersebut, kami juga telah didedahkan dengan pelbagai etika profesional dan juga pemikiran kelas pertama. Dalam mewujudkan seorang insan yang mempunyai pemikiran holistik, menurut YBhg Prof Dato' Ibrahim Ahmad Bajunid, mungkin anda boleh menyelami 5 taraf pemikiran ini:-

- Minds of Academic Discipline
- Synthesizing Every Experience
- Mature Knowledge
- Mind that Respect other minds
- Ethical Minds

source: Howard Gardner," 5 Minds For the Future"

Dengan menguasai semua taraf pemikiran ini, anda mampu untuk berfikir merentasi corak pemikran yang biasa. Menurut beliau lagi, dalam memastikan sesuatu komunikasi itu dapat dijalankan dengan berkesan, kita seharusnya mempunyai Ah-HA factor yang boleh meningkatkan mutu pegucapan kita, Antaranya,

- make connestion with the subject
- do reverse thingking
- do comparison
- trans-disciplinary
- thinking across civilisation

Insyallah, dengan sedikit perkongsian ilmu ini, dapatlah kita manfaatkan nya untuk kepentingan bersama

"Small minds talk about people, average minds talk about event, great minds talk about ideas"
Eleanor Rossevelt


Salam..

Thursday, July 29, 2010

Perangai manusia kalau dah terbiasa....


Salam kembali buat pembaca2 semua... walaupun baru sehari dua mula beroperasi, namun sudah byk feedback secara lisan mahupun online yg sudah saya terima..terima kasih atas segala nasihat dan pendapat yg diberi...hari ini kita akan berbicara berkenaan soal perangai org kite skrg...Saban hari saya kerap kali melihat sejenis budaya yg kurang sihat yg kian berkembang dalam pemikiran anak muda kita khususnya kerana kita sedia maklum.pemikiran muda inilah yg paling mudah dipengaruhi...

Contoh paling dekat yg boleh saya beri adalah kejadian kecurian yg kian berlaku di penginapan saya sendiri...kejadian ini bukan lah kali pertama berlaku di sini malah menurut perkiraan kasar saya..jumlah keseluruhan kecurian di sini sudah pun mencecah hampir RM 10 000...Terbaru kejadian ini berlaku pada awal pagi td antara jam 4 pagi hingga 6 pagi...saya berasa sangat yakin bahawa kes2 ini dijalankan oleh individu yg same....disebabkan sudah menjadi kebiasaan seseorg itu melakukan kegiatan sedemikian..kita x leh membuat andaian bahawa org yg x der duit jer yg mencuri..

Pernahkah anda mendengar frasa "KLEPTOMANIAC"...kleptomaniac ini adalah salah satu tahap dalam kategori mental disorder dimana seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk mencuri walaupun beliau mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli sesuatu barangan itu. Mungkin perkara ini sedikit lucu tetapi ia benar2 berlaku...jadi kebarangkalian untuk seseorg yg mempunyai kewangan yg stabil juga perlu diambil kira..


Namun apa pun, kita mestilah sedar bahawa perbuatan ini ditegah keras dalam agama kita. perbuatan mencuri ini haram di sisi agama dan hukuman nyer teramatlah berat..Oleh itu, kepada sesiapa yg masih lgi blum insaf dari perbuatan ini..kembalilah ke pangkal jalan..berdosa bro...

ok la...saya rase ckup setakat ini..berjumpe kita lagi di lain masa..salam


wan azizul faiz bin zulkifli, penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis.

Wednesday, July 28, 2010

Pandai meminjam...pandai2 la pulang!!


Salam sahabat semua..kali in kita bertemu semula dalam tajuk yang selalu wat kite panas iaitu psal hutang... pernahkah anda mengalami situasi dimana rakan anda meminjam sesuatu kepunyaan anda..(selalunya duit ataupun barang la...) pastu ble nk pulang dier wat liat..n ader sesetengah tu wat2 lupe lak...dengan harapan kite igtkan dier blk..selalu x dgr ayat ini:-

" alo bro..pinjam duit ckit..dalam RM 150...nti masuk gaji ak byr..tp kalu ak lupe igtkan ak tau"....

percayalah guyz..org cmni mmg kurang possibility dier nk byr..psal awal2 lagi dier da niat nk lupe...lagi perit mende ni jadi dengan kawan baik kite..x nk tolong..cian pulak..tp tolong.dier wat perangai plak...hadui..pening2...nk mintak segan plak..kawan..kawan..huhuhuhu...

Dalam islam pun Rasullullah saw pernah bersabda:-

Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

[Riwayat al-Baihaqi ]

Sedar la wahai kawan2 sekalian..hidup di dunia ini hanya sementara...jgn la wat2 lupe hutang oi....naye org wo...hee.....kalu ckit2 xpe la..leh terima lagi,,,tp kalu da byk tuh da lebey la bro..hee...

kepada yg terase maafkan saye..bukan niat untuk menyakitkan hati sesiapa tetapi untuk kemaslahatan kehidupan kite bersama..

wan azizul faiz bin zulkifli, penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis.