Wednesday, August 4, 2010

Siswa hari ini, Pemimpin Esok Hari....


*gambar ini diambil semasa simulasi Persidangan Agung PBB di Vistana Hotel. saya mengambil peranan selaku Duta AS ke PBB.

Salam kembali untuk semua pembaca..mungkin sudah agak lama saya tidak sempat untuk mengutus sebarang berita dalam blog ini kerana sedikit sibuk menjalani kursus persediaan wakil delegasi Malaysia ke Persidangan Global Model United Nation 2010 di PWTC.

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri satu sesi makan malam bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek. Saya diberi penghormatan selaku Penghulu program untuk makan semeja dengan beliau pada malam tersebut. Ini merupakan exposure baru kepada saya kerana saya tidak pernah mendapat peluang sebegini..


*Gambar kumpulan membariskan semua wakil delegasi Malaysia ke PBB 14 Ogos nanti (saya duduk 2 dari kiri)

Dalam perbualan kecil semasa sesi makan malam, saya berkesempatan untuk mengutarakan serba sedikit tentang permasalahan belia pada hari ini. Hal ini berkenaan dengan soal mentaliti belia kerana seperti mana kita sedia maklum, pemikiran kebanyakan mahasiswa ( bukan semua ye...) masih lagi belum mencapai tahap dimana kita mampu untuk melonjakkan kecemerlangan negara kita secara maksimum.

Justeru, saya telah mengutarakan satu idea yang mendapat sambutan yang baik oleh YB Menteri. Hal ini adalah bersempena dengan penganjuran Global Model United Nation Conference oleh Kuala Lumpur dimana pada tahun ini, proses pencarian wakil agak kelam-kabut dan last minute. Oleh itu, saya telah mencadangkan supaya pada tahun hadapan, satu konsep GMUN akan diadakan tetapi ia akan dijalankan secara domestik dahulu iaitu inter-universiti. Dengan cara ini, proses pencarian wakil akan dapat dijalankan dengan lebih mudah dan tertib..



*Semasa membentangkan " Has UN done enough in the Palestinian Issue", Alhamdullilah, berkat sokongan rakan-rakan, saya berjaya mendapat 5 pembentang terbaik.

Semasa menjalani kursus persediaan tersebut, kami juga telah didedahkan dengan pelbagai etika profesional dan juga pemikiran kelas pertama. Dalam mewujudkan seorang insan yang mempunyai pemikiran holistik, menurut YBhg Prof Dato' Ibrahim Ahmad Bajunid, mungkin anda boleh menyelami 5 taraf pemikiran ini:-

- Minds of Academic Discipline
- Synthesizing Every Experience
- Mature Knowledge
- Mind that Respect other minds
- Ethical Minds

source: Howard Gardner," 5 Minds For the Future"

Dengan menguasai semua taraf pemikiran ini, anda mampu untuk berfikir merentasi corak pemikran yang biasa. Menurut beliau lagi, dalam memastikan sesuatu komunikasi itu dapat dijalankan dengan berkesan, kita seharusnya mempunyai Ah-HA factor yang boleh meningkatkan mutu pegucapan kita, Antaranya,

- make connestion with the subject
- do reverse thingking
- do comparison
- trans-disciplinary
- thinking across civilisation

Insyallah, dengan sedikit perkongsian ilmu ini, dapatlah kita manfaatkan nya untuk kepentingan bersama

"Small minds talk about people, average minds talk about event, great minds talk about ideas"
Eleanor Rossevelt


Salam..