Monday, January 31, 2011

Retreat Kesatuan Debat di Pangkor


Salam buat semua.

Pada 28-30 Januari yang lepas, Kesatuan Debat UPNM telah mengadakan Retreat Pertama Kesatuan Debat UPNM bertempat di Pangkor Bay View, Pulau Pangkor. Alhamdullilah, setelah mengharungi pelbagai masalah baik dari segi teknikal pentadbiran dan juga logistik, akhirnye trip ini berjaya dijalankan dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kelab atas segala komitmen yang telah dicurahkn kepada Kesatuan Debat selama ini. Walaupun kite terpaksa berkorban masa demi menzahirkan usaha kita bersama kelab ini, saya percaya semua usaha keras ini akan terbalas dengan suatu kejayaan kelak.

Untuk pengetahuan semua juga, Kesatuan Debat UPNM juga adalah kelab pertama yang telah mengadakan Mesyuarat Agung yang formal yang akan direkodkan dan akan menjadi acara tahunan kelab bagi penyelarasan pentadbiran yang baru. Terima kasih juga kepada semua yang mengundi saya untuk menjawat jawatan presiden untuk penggal seterusnye dan Insyallah saya berjanji akan memberikan sepenuh komitmen saya untuk mencapai matlamat kita untuk menjadi pasukan terbaik Majlis Debat Universiti.

Jumpe lagi lain kali n Enjoy ur holiday!