Saturday, September 25, 2010

"God, King, Country"

Salam 1Malaysia untuk semua pembaca,
selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Rasullullah saw serta para sahabat.

  1. Hari ini saya terdetik untuk berbicara berkenaan dengan suatu perkara yg seharusnya sudah bersemadi dalam darah daging kita dan saya mengkhususkan kepada organisasi yg saya sanjungi dan hormati juga iaitu berkenaan dengan ketaatan kita kepada YDP Agong.
  2. Pagi tadi saya terasa sedikit kecewa, kerana seraya saya sedang berbicara dengan seseorang yg saya sanjungi peribadi beliau selaku seorang yg cemerlang; tentang perubahan dalam komuniti masyarakat kita ini yang berpaksikan kepada Ketaatan kepada YDP Agong ini perlu bermula dengan Angkatan Tentera Malaysia; telah ditemplelak oleh beliau secara keras.
  3. Hal ini menimbulkan kerisauan yang besar kerana disini adalah pusat dimana lahirnya seorang pegawai tentera dari 3 perkhidmatan yang akan menerajui organisasi masing-masing, tetapi apakah yang bakal terjadi sekiranya bakal pegawai ini tidak menyematkan di dalam hatinya bahawa ketaatan kita kepada YDP agung adalah yg tertinggi.
  4. Saya rasa mungkin beliau sedikit keliru dengan fahaman nya yg saya percaya lebih kepada pandangan individu semata-mata. Antara ungkapan beliau apabila saya berkata bahawa " Ketaatan Angkatan Tentera harus adalah kepada YDP Agong", beliau terus berkata, " Betol ker","Ak rase bende tu mustahil". Bayangkan hadirin sekalian, perkataan tersebut keluar dari mulut seorang bakal pegawai ATM dan mungkin bakal Panglima juga suatu hari nanti. Beliau juga berkata bahawa " Mustahil untuk YDP Agong untuk menyatukan semua kaum didalam ATM untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Rkun Negara dan Perlembagaan Negara".
  5. Saya berasa cukup tersentuh dalam hal ini kerana tatkala saya berbicara bukan sahaja kepada masyarakat awam tetapi dalam rancangan TV nasional apabila ditanyakan kepada saya adakah pemuda ataupun belia pada hari ini masih lagi patriotik dan sayangkan negara, saya dengan bangganya akan berkata " Kalau benarlah penyataan anda begitu, Mengapakah pada hari ini masih ramai anak-anak muda yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka, masa muda mereka, masa mereka bersama keluarga, kehidupan bebas mereka, mengharungi segala kesusahan dan kepayahan hidup hanya semata-mata demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. "
" These are the few young Men, who are willing to sacrifice their life, their freedom, their tranquility, just for the sake of their country, Malaysia" PM Malaysia
  • Namun, tanpa disangka-sangka, rupa-rupanya terdapat individu dalam komuniti saya sendiri yang tidak mempercayai ungkapan ini. MasyAllah.
  • Justeru hadirin sekalian, bagaimanakah kita (pegawai kadet) perlu bertindak dalam hal ini. Semua persoalan hanya akan terjawab apabila kita bermula dengan ketetapan dalam hati.
  • Kalau itulah realitinya bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak akan bersatu di bawah YDP Agong (walaupun saya rase ini tidak berlaku, tetapi sekadar penjelasan kepada sesiapa yang berfikiran sedemikian), maka kitalah selaku bakal pegawai pada masa hadapan perlu meletakkan dalam hati dan naluri kita dan orang bawahan yang bakal kita pimpin bahawa kita perlu percaya dan menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara.
  • Dalam Rukun Negara itu sendiri, Prinsip pertama: Kepercayaan Kepada Tuhan; dalam hal ini, semua bakal pegawai haruslah faham bahawa kita perlu mempunyai asas yang baik dalam agama supaya kita mampu melaksanakan tugas di perbatasan mahupun medan pertempuran dengan gagah dan berani.
  • Prinsip Kedua: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Inilah yang saya katakan bahawa dalam keadaan bagaimanapun pergolakan politik, mahupun perkauman didalam negara kita ini, Kesetiaan dan Ketaatan kita hanya boleh berpasakkan kepada prinsip ini iaitu Kepada YDP Agong termasuklah semua Raja-Raja Melayu khususnya kepada ATM dan kepada masayarakat umum secara am nya.
  • Jika sekiranya individu dalam ATM sendiri tidak memahami dan percaya perkara ini, maka siapakah lagi yang akan mempertahankan negara kita berdasarkan arahan di bawah YDPA sekiranya berlaku sebarang masalah yang berkehendakkan ATM untuk melaksanakan tanggungjawab.
  • Selanjutnya tentang rukun negara ini, saya sarankan untuk mengkaji semula sebarang penyataan yang dibuat melalui sebarg sumber; contoh :http://www.jpnin.gov.my/web/guest/kesetiaan @ http://ridhuantee.blogspot.com/2010/09/islam-semai-semangat-patriotisme.html
  • Akhir kata, saya amat berharap agar perkara ini difahami oleh semua lapisan masyarakat khususnya bakal pegawai dalam ATM (Pegawai kadet) yang berada di sini bersama saya. Kerana sekiranya kita sendiri tidak yakin bahawa kesetiaan kepada YDPA itu boleh dan harus dipupuk, maka siapalah lagi yang akan mempertahankan kedaulatan negara kita pada masa hadapan.
"God, King and Country"


Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli
Pegawai Kadet UPNM.
Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis - tanpa prejudis

Wednesday, September 22, 2010

Time to Change to a Better Strategy. But how?


Salam pembaca semua,

  1. Sudah agak lama saye tidak menulis sebarang perkembangan semasa. Mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi buat masa ni terlalu membebankan pale hotak yang sudah tersedia berserabut ni.
  2. Nak wat cmner, da nasib bdan cmni. 3 minggu tidak hadir ke kelas kerana menhadiri training dan persidangan GMUN 2010 ternyata sangat menyukarkan saya untuk mengejar semua matapelajaran. Di tambah pula dengan karenah segelintir lecturer yang bertindak mengikut emosi masing dengan menyalahkan para pelajar dengan tidak adil apabila keputusan seluruh kelas x bgus. Persoalannya.. dier ajar x btol ker atau kami yg main2. atau dier ajar btol n ktorg pon study gak..tp rezeki kitorg x baik mcm klas lain yg dpt soalan bocor.. haih...terima jer la bro..hhuhuhu..(ak ic klas plak tuh)
  3. Pulang dari cuti raya, alhamdullillah, segalanya berjalan lancar. tp berita x baik lak dtg bertalu-talu. result test lak kurg memberangsangkan. Cmner nih.. Mental gler!!
  4. Cmner pon.. life must go on. need someone to really motivate myself to be myself suatu masa dulu balik..
  5. Sekali skale terkenang kembali saat gemilang akademik dahulu..lepas spm dlu.. terasa sgt seronok dengan result 9' A.. melihat wajah ibu dan bapa tersenyum gembira dan bangga dengan pencapaian saya..Tapi, kawan sume dapat pergi Overseas...belajar jauh2...ble tanye wah!! "anak saye belajar kat overseas"" ak belajar kat US, UK, Ireland, France".ape yg x kne ek...Padahal result lebih kurg ak jer...Mungkin luck is not on my side..Dapat tempat ni.. Tp bile masuk universiti, mula terase kehilangan semangat itu.. nak kata x blaja da belajar gle da..tp knape masih x dapat momentum tuh..pale otak ni slow sgt nk mengira sume2 ni..geram tol la,,
  6. Am i doing the rite thing rite now. entah la..maybe ade hikmah nyer cam semua org ckp. Hanya berharap agar diriku ini mampu untuk bertahan sehingga perjuangan terakhir di sini. N maybe mmg masin mulut I slalu ckp..” my country needs me in the battlefield..haha..” sometimes I myself pon tergelak.
  7. I just hope that segala perkara baik yang i da wat kat sesiapa pon di dunia akan dibalas dengan sebaik-baik nyer suatu hari nti..
  8. and I do hope that evrything is on time and on track..setakat ni still ok lagi..so everyone..tolong la doakan yg terbaik untuk saye ye… usually I give motivasi tu budak2..but nw I think I yg perlukan motivasi yg berkesan daripada sesiapa sahaja yg membaca luahan ini
.