Thursday, February 24, 2011

Ucaptama YDP MPP UPNM di Canselori

UCAPTAMA YANG DIPERTUA MPP UPNM

Bismillahirahmanirahim

Yang Berbahagia,

Leftenan Jeneral Dato’ Wira Allatif Bin Mohd Noor,

Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,

Yang Berbahagia,

Prof Raduan Bin Che Ros,

Timbalan Naib Canselor,

Hal Ehwal Akademik Dan Pengantarabangsaan

Yang Berbahagia

Prof Wan Mahzom Binti Ahmad Shah,

Timbalan Naib Canselor,

Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,

Yang Berbahagia,

Dato’ Amir Bin Hashim Tudm,

Komandan Akademi Latihan Ketenteraan,

Pegawai-pegawai kanan universiti,

Pensyarah-pensyarah,

Jurulatih-jurulatih,

Serta seantero warga dewan sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1malaysia buat anda semua.

Yang berbahagia dato dan hadirin sekalian,

Alhamdulillah,

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis angkat sumpah majlis perwakilan pelajar universiti pertahanan nasional malaysia.

Pertama,

Saya bagi pihak mpp upnm ingin memanjatkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga upnm kerana telah berbesar hati mengundi dan memilih kami untuk memimpin organisasi majlis perwakilam pelajar bagi sesi 2011/2012 ini. Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati , kami menerima tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada pelajar dan universiti.

Insyaallah,

Dalam waktu terdekat ini, kami akan berusaha sedaya upaya untuk bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin pelajar dari seluruh universiti dalam menentukan keutamaan dan kepentingan agar kejaaan bakal kita julang bersama. Kerana saya percaya, idea dan cadangan dari pelajar adalah amat berharga dan perlu diberikan perhatian sekiranya ia mampu untuk melonjakkan produktiviti dan kecemerlangan university.

Yang bhg dato’ dan hadirin sekalian,

Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan dan dipupuk, wajar membawa pendekatan baru, bagi menempuh zaman peredaran masa yang baru, demi menjelmakan sebuah komuniti yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan negara.

Justeru, asas perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar tahun ini adalah berpaksikan slogan “ Mengantarabangsakan Peranan, Mengangkasakan Pemikiran”.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya..

Apa yang dimaksudkan dengan 2 frasa ini.

Mengantarabangsakan peranan:-

- Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai platform membina pengalaman sebagai persediaan menempuh cabaran dunia luar.

- Leadership cannot be learn through education, leadership cannot be earned by possessing power, but we can thoroughly understand leadership through experience (getting along with people, seeing their life). Mahathma Gandhi.

- Menjana semula penjenamaan mahasiswa istimewa dari ruang linkup dan pendekatan mahasiswa supaya satu perspektif yang lebih membanggakan dapat diwujudkan dalam komuniti pengajian tinggi.

Mengangkasakan Pemikiran:-

- Prinsip keterbukaan ilmu akan dibudayakan dalam mentaliti pelajar.

- Negara kita adalah antara Negara yang mempunyai kadar pembudayaan budaya membaca yang rendah berbanding Negara maju.

- Mewujudkan komuniti yang peka dengan perkembangan semasa.

- Cuba untuk mewujudkan satu jurnal atau publikasi pelajar.

Yang Bhg Dato’ dan hadirin sekalian,

Bagi memastikan kelancaran segala perancangan dan matlamat, setiap exco dalam MPP tahun ini akan mewujudkan Key Performance Index (KPI) masing-masing.Hal ini penting bagi memastikan segala matlamat ini akan dijalankan dengan cara yang lebih terarah dan berfokus. Insyallah, KPI ini akan disampaikan kepada semua tidak lama lagi.

Selain itu, seperti Ybhg Dato’ dan hadirin sekalian sedia maklum, tahun ini, barisan kepimpinan MPP adalah lebih variasi dengan menyaksikan kedua-dua pihak Pegawai Kadet dan juga Kadet PALAPES akan bersatu hati dan bekerja bersama dalam melonjakkan kecemerlangan organisasi ke paras yang lebih tinggi.

Oleh itu, saya amat memohon jasa baik semua lapisan kepimpinan university agar memberikan sokongan dan bimbingan yang membina supaya kami dapat menjalankan mandat yang diberikan.

Yang Bhg Dato’ dan hadirin sekalian,

Akhir kata, saya menyeru rakan seangkatan perjuangan ini, ayuhlah kita bersama menyingsing lengan bagi menabur bakti demi pertiwi. Kerana atas segalanya, sekarang adalah masa yang sangat mencabar bagi setiap warga. Namun semua ini adalah pemangkin dan saya yakin kita mampu untuk mencetuskan transformasi membantu pihak university memacu kecemerlangan kea rah yang lebih tinggi. Insyaallah.

Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanat yang besar ini.

Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini bersama-sama

Sekian.


Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli

Yang Dipertua

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Pertahanan Nasioanal Malaysia




No comments:

Post a Comment