GEMPUR 2012


Pengenalan
Kejohanan Eco Challenge Lasak Terbuka IPT atau lebih terkenal dengan panggilan GEMPUR 2012 merupakan sebuah pertandingan hasil cetusan idea Majlis Perwakilan Pelajar UPNM dengan kerjasama BHEPA dan ALK UPNM serta sokongan padu KPT dan KEMENTAH dalam inisiatif untuk mengetengahkan penglibatan golongan muda dalam aspek patriotisme generasi muda.

Kejohanan yang menguji kemahiran endurance fizikal dan kemahiran mental berteraskan disiplin ketenteraaan ini dijangka akan menarik perhatian ramai golongan muda khususnya mahasiswa universiti untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersifat cintakan negara.

Tarikh : 10-13 Februari 2012
Tempat : Trek Ekstrem UPNM, Kem Sg Besi, Kuala Lumpur

Penglibatan
Kejohanan ini terbuka kepada pasukan PALAPES, SUKSIS dan PSTD IPTA yang berdaftar sahaja

Konsep
Dalam kejohanan ini, para peserta akan diuji dengan pelbagai variasi kemahiran secara berturutan.
Antaranya: 1) Merentas Desa 8km melalui laluan ekstrem dengan membawa beban yang telah disediakan
2) Merentas Halangan buatan manusia yang terdiri daripada 11 jenis secara berpasukan
3) berkayak sejauh 600 meter berpasangan 
4) Memikul bot tempur seberat kira-kira 500kg secara berpasukan
Kesemua disiplin ini akan dijalankan secara berturut-turut dan secara berpasukan.

Hadiah
Johan : RM 10,000
Naib Johan : RM 8,000
Ketiga : RM 6,000
Keempat : RM 4,000
Kelima: RM 2,000 

Sebarang Pertanyaan, Sila hubungi
Ketua Pengarah, Kdt KSM Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli : 017-2190047
Setiausaha, Alia Syafiqah : 019-2103852