Sunday, August 21, 2011

Ikhlaskan niat dahulu..Insyallah kebaikan bakal menyusur

salam 1msia dan 1upnm,

di petang ramadhan yang mulia ini, tatkal selesai menyediakan juadah pencuci mulut 'castard caramel' kegemaran keluarga, saya terdetik untuk menulis sessuatu isu yang sangat penting dan sedang berleluasa dalam kalangan generasi muda kita hari ini. tidak ada suatu terma yg khusus untuk merujuk kepada fenomena ini kerana ia hanya akan terlihat melalui perbuatan atau situasi.

Kerana dalam kehidupan kita, terutama sekali dalam arena universiti, kalau dalam keadaan universiti biasa, fokus atau core-business utama kita adalah akademik. Lain pula di sesetengah universiti contohnya UPNM, disni fokus utama perjalan kehidupan disini ditumpukan kepada 2 iaitu akademik dan ketenteraan. Namun, dalam meneliti perjalanan hidup berdasarkan 2 tunjang ini, bagaimanakah asas kepimpinan mahupun sukarelwan ataupun prinsip sedia berkhidmat ingin diaplikasikan.

saya tidak tahu kenapa apabila setiap kali program luar dari 2 disiplin ini, peluang untuk meneroka ilmu yg jauh berbeza berbanidng kehidupan harian disni, akan sentiasa mendapat respon begini:-

penat x?
dapat elaun x? kalu dpt ak nak la.
dapat t-shirt x ?, dapat ak nak la..x de malas la.
lame ke kejap, kalau kejap ak nak la?
kalau join aktiviti ni leh secure aktiviti lain x?

berdasarkan kepada respon diatas, kita sendiri dapat lihat bgaiaman niat asal yg murni akan berubah apabila pemikiran seperti ini mula menjengah dalam diri kita.

dimana asas kita untuk menjadi seroang role model yang baik kepada org bawahan kalau kite sentiasa letakkan pemikiran begini. Sesungguhnya balasan bagi seseorang yng sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu ini adalah sangat besar di sisi Allah swt.

Mungkin kite selalu berfikir, buat apa ak nak tambah beban ak sedangkan ak skrg rileks je. tidak ada jawapan yang boleh rungkaikn persoaln itu, semua itu bergantung samada kita ikhlas utnk beajr sesuatu atau kita ingin sondol sahaja apa sahaja yang diberikan atau diarahkan. Kalau kehidupan kita selam 4-5 tahun di sesuatu tempat itu hanay adalah nak ikut sahaja apa sahaja yang diarahkan dan tidak pernah timbul dalam diri kkta untuk mencuba sesuatu yang baru, maka saya kira kita sudah mensia-siakan tempoh masa kita untuk melatih diri kita ke arah yang lebih baik.

Dalam proses belajar, sudah tentu banyak onak ranjau yang perlu kita lalui, namun kita perlulah tabah kerana balasannya tidak kira dalam bentuk materialistik mahupun secara pengajaran sudah tentu kita akn perolehi daripadanya,

Buanglah sikap pemikran kelas ke-3 dimana kita hanya mengharap pada apa jua yang diberi dan tidak pernah ingin berinovasi untuk mencapai ke arah yang lebih tinggi. kalau kita teruskan mentaliti begini, biarpun kerajaan berhempas pulas membuka peluang masyarakat kita untuk membantu mancapi wawasan 2020, namun kalu kita sering persoalkan dahulu kesusahan itu dan terus berputus asa walaupun belum pun mencuba, sudah tentu wawasan  2020 masih lagi jaug panggang dari api.

Insyallah

Bersama Membudayakan Kecemerlangan


Wan Azizul Faiz
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar UPNM
link website MPP UPNM : http://adf.ly/2PX3d


1 comment:

  1. http://programpestakonvo39.blogspot.com/2011/08/bicara-pemimpin.html

    ReplyDelete