Saturday, September 25, 2010

"God, King, Country"

Salam 1Malaysia untuk semua pembaca,
selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Rasullullah saw serta para sahabat.

  1. Hari ini saya terdetik untuk berbicara berkenaan dengan suatu perkara yg seharusnya sudah bersemadi dalam darah daging kita dan saya mengkhususkan kepada organisasi yg saya sanjungi dan hormati juga iaitu berkenaan dengan ketaatan kita kepada YDP Agong.
  2. Pagi tadi saya terasa sedikit kecewa, kerana seraya saya sedang berbicara dengan seseorang yg saya sanjungi peribadi beliau selaku seorang yg cemerlang; tentang perubahan dalam komuniti masyarakat kita ini yang berpaksikan kepada Ketaatan kepada YDP Agong ini perlu bermula dengan Angkatan Tentera Malaysia; telah ditemplelak oleh beliau secara keras.
  3. Hal ini menimbulkan kerisauan yang besar kerana disini adalah pusat dimana lahirnya seorang pegawai tentera dari 3 perkhidmatan yang akan menerajui organisasi masing-masing, tetapi apakah yang bakal terjadi sekiranya bakal pegawai ini tidak menyematkan di dalam hatinya bahawa ketaatan kita kepada YDP agung adalah yg tertinggi.
  4. Saya rasa mungkin beliau sedikit keliru dengan fahaman nya yg saya percaya lebih kepada pandangan individu semata-mata. Antara ungkapan beliau apabila saya berkata bahawa " Ketaatan Angkatan Tentera harus adalah kepada YDP Agong", beliau terus berkata, " Betol ker","Ak rase bende tu mustahil". Bayangkan hadirin sekalian, perkataan tersebut keluar dari mulut seorang bakal pegawai ATM dan mungkin bakal Panglima juga suatu hari nanti. Beliau juga berkata bahawa " Mustahil untuk YDP Agong untuk menyatukan semua kaum didalam ATM untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Rkun Negara dan Perlembagaan Negara".
  5. Saya berasa cukup tersentuh dalam hal ini kerana tatkala saya berbicara bukan sahaja kepada masyarakat awam tetapi dalam rancangan TV nasional apabila ditanyakan kepada saya adakah pemuda ataupun belia pada hari ini masih lagi patriotik dan sayangkan negara, saya dengan bangganya akan berkata " Kalau benarlah penyataan anda begitu, Mengapakah pada hari ini masih ramai anak-anak muda yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka, masa muda mereka, masa mereka bersama keluarga, kehidupan bebas mereka, mengharungi segala kesusahan dan kepayahan hidup hanya semata-mata demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. "
" These are the few young Men, who are willing to sacrifice their life, their freedom, their tranquility, just for the sake of their country, Malaysia" PM Malaysia
  • Namun, tanpa disangka-sangka, rupa-rupanya terdapat individu dalam komuniti saya sendiri yang tidak mempercayai ungkapan ini. MasyAllah.
  • Justeru hadirin sekalian, bagaimanakah kita (pegawai kadet) perlu bertindak dalam hal ini. Semua persoalan hanya akan terjawab apabila kita bermula dengan ketetapan dalam hati.
  • Kalau itulah realitinya bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak akan bersatu di bawah YDP Agong (walaupun saya rase ini tidak berlaku, tetapi sekadar penjelasan kepada sesiapa yang berfikiran sedemikian), maka kitalah selaku bakal pegawai pada masa hadapan perlu meletakkan dalam hati dan naluri kita dan orang bawahan yang bakal kita pimpin bahawa kita perlu percaya dan menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara.
  • Dalam Rukun Negara itu sendiri, Prinsip pertama: Kepercayaan Kepada Tuhan; dalam hal ini, semua bakal pegawai haruslah faham bahawa kita perlu mempunyai asas yang baik dalam agama supaya kita mampu melaksanakan tugas di perbatasan mahupun medan pertempuran dengan gagah dan berani.
  • Prinsip Kedua: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Inilah yang saya katakan bahawa dalam keadaan bagaimanapun pergolakan politik, mahupun perkauman didalam negara kita ini, Kesetiaan dan Ketaatan kita hanya boleh berpasakkan kepada prinsip ini iaitu Kepada YDP Agong termasuklah semua Raja-Raja Melayu khususnya kepada ATM dan kepada masayarakat umum secara am nya.
  • Jika sekiranya individu dalam ATM sendiri tidak memahami dan percaya perkara ini, maka siapakah lagi yang akan mempertahankan negara kita berdasarkan arahan di bawah YDPA sekiranya berlaku sebarang masalah yang berkehendakkan ATM untuk melaksanakan tanggungjawab.
  • Selanjutnya tentang rukun negara ini, saya sarankan untuk mengkaji semula sebarang penyataan yang dibuat melalui sebarg sumber; contoh :http://www.jpnin.gov.my/web/guest/kesetiaan @ http://ridhuantee.blogspot.com/2010/09/islam-semai-semangat-patriotisme.html
  • Akhir kata, saya amat berharap agar perkara ini difahami oleh semua lapisan masyarakat khususnya bakal pegawai dalam ATM (Pegawai kadet) yang berada di sini bersama saya. Kerana sekiranya kita sendiri tidak yakin bahawa kesetiaan kepada YDPA itu boleh dan harus dipupuk, maka siapalah lagi yang akan mempertahankan kedaulatan negara kita pada masa hadapan.
"God, King and Country"


Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli
Pegawai Kadet UPNM.
Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis - tanpa prejudis

1 comment:

  1. This is why we have Royal Malay Regiment (RAMD)

    I agree that all of us need to study what have been enshrined in the Federal Constitution of Malaysia.

    Balik ke pangkal jalan dimana asas dan tiang utama merupakan Agama, Bangsa dan Negara.

    Ketaatan kepada Baginda YDP Agong, dan juga Tuanku Raja-Raja Melayu tidak boleh dipertikaikan ataupun dipersoalkan.

    Sematlah di jiwa masing-masing.

    Get Back to Basics.

    Sometimes we tend to forget who we are and where we come from and also our duty and responsibility.

    ReplyDelete