Friday, March 11, 2011

Kenapa perempuan kena kahwin dengan engineer?

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.

1-Kehidupan yang lebih terjamin

Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan

-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda

-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda

-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

jga tindakan anda..NI GURAUAN SEMATA-MATA

PETIKAN DRPD....

http://www.hazwan.com/2010/09/kenapa-perempuan-kena-berkahwin-dengan.html

http://www.mylot.com/w/discussions/515360.aspx

http://budakais.blogspot.com/2011/03/kenapa-perempuan-kena-kahwin-dengan.html


Friday, March 4, 2011

Pameran Hari Tentera Darat

HUT_TD_78

Salam semua,

maaf kerana minggu ini agak bz dengan pelbagai program akademik dan program luar universiti. Mgu ini juga telah dijalankan mesyuarat pertama Majkis Perwakilan Pelajar UPNM yang sye kira berlangsung dalam keadaan yang sgt aktif dan produktif. Harapan saya semoga dapatan hasil dari mesyuarat tersebut akan take effect dengan serta merta. Banyak yang saya belajar kerana semua ahli terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ini menggalakkan pertukaran idea yg sgt baik.

Hujung mgu ni iaitu pada esok hari (5 dan 6 Mac) akan diadakan pameran terbuka oleh Tentera Darat Malaysia yang untuk pengetahuan seua buat julung kalinya diadakan di negara kita.Pameran ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang kapasiti dan aset ketenteraan semasa disamping mempromosikan kerjaya angkatan tentera negara kita.

4 Mac 2011 (Jumaat)
0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD.
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam.
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang.
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (Penerjunan bebas)

5 Mac 2011 (Sabtu)
0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900 - 1115 : Raptai Penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100 - 2230 : Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD)

6 Mac 2011 (Ahad)
0855 - 0900 : Pertunjukan oleh Para Warriors Dance
0900 - 1600 : Pameran statik dan promosi kerja TD
0900 - 0950 : Perarakan kontinjen dan aset TD
0950 - 1115 : Demonstrasi kepakaran TD (Payung Terjun, Akrobatik dan Demonstrasi ULK)


Semua orang dijemput hadir untuk memeriahkan suasana.


Wan Azizul Faiz Zulkifli
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
UPNM.

Monday, February 28, 2011

1Malaysia 1Borneo!! Syabas

Salam semua

Sudah selang beberapa hari tidak post dalam blog kerana saya baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu Sabah dalam rangka program kerjasama bersama Sekretariat 1Malaysia UPNM dan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa Sekretariat 1malaysia dan mahasiswa UMS yang telah bertungkus lumus menjayakan program Kembara Integrasi Ilmu Karambunai.

Para peserta telah bekerjasama menjalankan gotong royong penambahbaikan di Masjid Al Kauther Karambunai dan Perpustakaan Sekolah Pangeran Siti Hafsah Karambunai.

Walaubagaimanapun, dalam kesibukan menjalankan tugas, sempat juga berjalan ke Pasar Filipina dan makan ikan yang besar giler n superb( tq en rafizul) dan rumpai air yang sedap giler..haha...kalo pergi ke sana cubalah rumpai air ni..heee

Perjalanan pergi dan balik, semua kontinjen UPNM berpakaian segak bergaya mengenakan pakaian full loreng yg menarik perhatian ramai org. Namun, pakaian bukan untuk diperagakan tetapi untuk menjunjung kebanggaan menjadi lapisan pertahanan negara.. Insyallah

Selepas ini akan merangka program ke Serawak pula. Semoga semuanya berjalan lancar.

1Malaysia @ UPNM Borneo Region Signing Off....

Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Thursday, February 24, 2011

Ucaptama YDP MPP UPNM di Canselori

UCAPTAMA YANG DIPERTUA MPP UPNM

Bismillahirahmanirahim

Yang Berbahagia,

Leftenan Jeneral Dato’ Wira Allatif Bin Mohd Noor,

Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,

Yang Berbahagia,

Prof Raduan Bin Che Ros,

Timbalan Naib Canselor,

Hal Ehwal Akademik Dan Pengantarabangsaan

Yang Berbahagia

Prof Wan Mahzom Binti Ahmad Shah,

Timbalan Naib Canselor,

Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,

Yang Berbahagia,

Dato’ Amir Bin Hashim Tudm,

Komandan Akademi Latihan Ketenteraan,

Pegawai-pegawai kanan universiti,

Pensyarah-pensyarah,

Jurulatih-jurulatih,

Serta seantero warga dewan sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1malaysia buat anda semua.

Yang berbahagia dato dan hadirin sekalian,

Alhamdulillah,

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis angkat sumpah majlis perwakilan pelajar universiti pertahanan nasional malaysia.

Pertama,

Saya bagi pihak mpp upnm ingin memanjatkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga upnm kerana telah berbesar hati mengundi dan memilih kami untuk memimpin organisasi majlis perwakilam pelajar bagi sesi 2011/2012 ini. Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati , kami menerima tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada pelajar dan universiti.

Insyaallah,

Dalam waktu terdekat ini, kami akan berusaha sedaya upaya untuk bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin pelajar dari seluruh universiti dalam menentukan keutamaan dan kepentingan agar kejaaan bakal kita julang bersama. Kerana saya percaya, idea dan cadangan dari pelajar adalah amat berharga dan perlu diberikan perhatian sekiranya ia mampu untuk melonjakkan produktiviti dan kecemerlangan university.

Yang bhg dato’ dan hadirin sekalian,

Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan dan dipupuk, wajar membawa pendekatan baru, bagi menempuh zaman peredaran masa yang baru, demi menjelmakan sebuah komuniti yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan negara.

Justeru, asas perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar tahun ini adalah berpaksikan slogan “ Mengantarabangsakan Peranan, Mengangkasakan Pemikiran”.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya..

Apa yang dimaksudkan dengan 2 frasa ini.

Mengantarabangsakan peranan:-

- Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai platform membina pengalaman sebagai persediaan menempuh cabaran dunia luar.

- Leadership cannot be learn through education, leadership cannot be earned by possessing power, but we can thoroughly understand leadership through experience (getting along with people, seeing their life). Mahathma Gandhi.

- Menjana semula penjenamaan mahasiswa istimewa dari ruang linkup dan pendekatan mahasiswa supaya satu perspektif yang lebih membanggakan dapat diwujudkan dalam komuniti pengajian tinggi.

Mengangkasakan Pemikiran:-

- Prinsip keterbukaan ilmu akan dibudayakan dalam mentaliti pelajar.

- Negara kita adalah antara Negara yang mempunyai kadar pembudayaan budaya membaca yang rendah berbanding Negara maju.

- Mewujudkan komuniti yang peka dengan perkembangan semasa.

- Cuba untuk mewujudkan satu jurnal atau publikasi pelajar.

Yang Bhg Dato’ dan hadirin sekalian,

Bagi memastikan kelancaran segala perancangan dan matlamat, setiap exco dalam MPP tahun ini akan mewujudkan Key Performance Index (KPI) masing-masing.Hal ini penting bagi memastikan segala matlamat ini akan dijalankan dengan cara yang lebih terarah dan berfokus. Insyallah, KPI ini akan disampaikan kepada semua tidak lama lagi.

Selain itu, seperti Ybhg Dato’ dan hadirin sekalian sedia maklum, tahun ini, barisan kepimpinan MPP adalah lebih variasi dengan menyaksikan kedua-dua pihak Pegawai Kadet dan juga Kadet PALAPES akan bersatu hati dan bekerja bersama dalam melonjakkan kecemerlangan organisasi ke paras yang lebih tinggi.

Oleh itu, saya amat memohon jasa baik semua lapisan kepimpinan university agar memberikan sokongan dan bimbingan yang membina supaya kami dapat menjalankan mandat yang diberikan.

Yang Bhg Dato’ dan hadirin sekalian,

Akhir kata, saya menyeru rakan seangkatan perjuangan ini, ayuhlah kita bersama menyingsing lengan bagi menabur bakti demi pertiwi. Kerana atas segalanya, sekarang adalah masa yang sangat mencabar bagi setiap warga. Namun semua ini adalah pemangkin dan saya yakin kita mampu untuk mencetuskan transformasi membantu pihak university memacu kecemerlangan kea rah yang lebih tinggi. Insyaallah.

Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanat yang besar ini.

Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini bersama-sama

Sekian.


Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli

Yang Dipertua

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Pertahanan Nasioanal Malaysia




Tuesday, February 22, 2011

Memulakan tugas Sebagai YDP MPP UPNM


AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Majlis Tertinggi

Yang Dipertua : Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli

Naib Yang Dipertua : Fadhliyansah Bin Saipul

Setiausaha Agung : Alia Syafiqah Binti Abdul Hamed

Timbalan Setiausaha Agung : Tuan Ahmad Nazmi Safwan Bin Tuan Mat

Bendahari Kehormat : Raja Muhammad Saifuddin Bin Raja Razalli

Exco

Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulfaqar Jamaludin Ansor

Publisiti & Media : Norita Binti Ridzuan

Sukan & Rekreasi : Muhammad Syahir Bin Khozali

Akademik & Kerjaya : Nurnabilah Binti Zakaria

Kebudayaan & Kesenian : Rozela Binti Mohd Yatim

Kerohanian & Pembangunan Sahsiah : Mohammad Yaakub Yusra Bin Mohd Yusof

Latihan & Keusahawanan : Misrozah Binti Napiah

Hubungan Awam : Muhammad Najib Bin Mohd Yassin

Protokol & Tatatertib : Annur Zaqwanhazeed Aminurrashid


salam,

Hari ini adalah meeting pertama Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPNM bagi sesi 2011/2012. Semoga semua MT dan Exco akan menjalan tugas sebaik mungkin bagi melonjakkan kecemerlangan universiti bukan sahaja di peringkat tempatan di peringkat antarabangsa.

Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli




Monday, February 21, 2011

Perjuangan Berjaya, Cabaran Baru Mendatang

salam

alhamdullilah, hari ini telah berlangsungnya pengundian MPP UPNM dan telah selesai pada jam 4ptg. Setelah proses pengiraan dijalankan, akhirnye keputusan telah diumumkan pada jam 6.15 petang tadi. Bersyukur kerana saya telah berjaya mendapat undian tertinggi dengan jumlah undi sebanyak 1005 undi dari 1300 lebih undi,

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah sudi untuk mengundi dan memberi amanat yang cukup besar kepada saya untuk menyandang jawatan selaku MPP UPNM.

Saya berharap agar sokongan anda akan trus bersama saya dan insyaallah saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawab saya dengan baik..


Wan Azizul Faiz

Sunday, February 20, 2011

Can I do it

salam

hari ini adalah hari yang sgt mendebarkan kerana hari ini akan menyaksikan sama ada akan bertambah nya lagi satu komitmen yg sgt besar dalam kerhidupan yang da smmgnye banyak komitmen yang perlu ditumpukan ini.

Komitmen semasa
- akademik
-ketenteraan
-debat
-business
- MPP (bakal dtg)

sume mende ni memerlukan ketabahan yang tinggi. Harap2 doa semua org sentiasa bersama saya..