Monday, February 28, 2011
1Malaysia 1Borneo!! Syabas
Thursday, February 24, 2011
Ucaptama YDP MPP UPNM di Canselori
UCAPTAMA YANG DIPERTUA MPP UPNM
Bismillahirahmanirahim
Yang Berbahagia,
Leftenan Jeneral Dato’ Wira Allatif Bin Mohd Noor,
Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Yang Berbahagia,
Prof Raduan Bin Che Ros,
Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Akademik Dan Pengantarabangsaan
Yang Berbahagia
Prof Wan Mahzom Binti Ahmad Shah,
Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,
Yang Berbahagia,
Dato’ Amir Bin Hashim Tudm,
Komandan Akademi Latihan Ketenteraan,
Pegawai-pegawai kanan universiti,
Pensyarah-pensyarah,
Jurulatih-jurulatih,
Serta seantero warga dewan sekalian.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1malaysia buat anda semua.
Yang berbahagia dato dan hadirin sekalian,
Alhamdulillah,
Saya bagi pihak mpp upnm ingin memanjatkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga upnm kerana telah berbesar hati mengundi dan memilih kami untuk memimpin organisasi majlis perwakilam pelajar bagi sesi 2011/2012 ini. Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati , kami menerima tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada pelajar dan universiti.
Dalam waktu terdekat ini, kami akan berusaha sedaya upaya untuk bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin pelajar dari seluruh universiti dalam menentukan keutamaan dan kepentingan agar kejaaan bakal kita julang bersama. Kerana saya percaya, idea dan cadangan dari pelajar adalah amat berharga dan perlu diberikan perhatian sekiranya ia mampu untuk melonjakkan produktiviti dan kecemerlangan university.
Apa yang dimaksudkan dengan 2 frasa ini.
- Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai platform membina pengalaman sebagai persediaan menempuh cabaran dunia luar.
- Leadership cannot be learn through education, leadership cannot be earned by possessing power, but we can thoroughly understand leadership through experience (getting along with people, seeing their life). Mahathma Gandhi.
- Menjana semula penjenamaan mahasiswa istimewa dari ruang linkup dan pendekatan mahasiswa supaya satu perspektif yang lebih membanggakan dapat diwujudkan dalam komuniti pengajian tinggi.
- Prinsip keterbukaan ilmu akan dibudayakan dalam mentaliti pelajar.
- Negara kita adalah antara Negara yang mempunyai kadar pembudayaan budaya membaca yang rendah berbanding Negara maju.
- Mewujudkan komuniti yang peka dengan perkembangan semasa.
- Cuba untuk mewujudkan satu jurnal atau publikasi pelajar.
Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini bersama-sama
Sekian.
Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Pertahanan Nasioanal Malaysia
Tuesday, February 22, 2011
Memulakan tugas Sebagai YDP MPP UPNM
AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
Majlis Tertinggi
Yang Dipertua : Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli
Naib Yang Dipertua : Fadhliyansah Bin Saipul
Setiausaha Agung : Alia Syafiqah Binti Abdul Hamed
Timbalan Setiausaha Agung : Tuan Ahmad Nazmi Safwan Bin Tuan Mat
Bendahari Kehormat : Raja Muhammad Saifuddin Bin Raja Razalli
Exco
Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulfaqar Jamaludin Ansor
Publisiti & Media : Norita Binti Ridzuan
Sukan & Rekreasi : Muhammad Syahir Bin Khozali
Akademik & Kerjaya : Nurnabilah Binti Zakaria
Kebudayaan & Kesenian : Rozela Binti Mohd Yatim
Kerohanian & Pembangunan Sahsiah : Mohammad Yaakub Yusra Bin Mohd Yusof
Latihan & Keusahawanan : Misrozah Binti Napiah
Hubungan Awam : Muhammad Najib Bin Mohd Yassin
Protokol & Tatatertib : Annur Zaqwanhazeed Aminurrashid
salam,
Hari ini adalah meeting pertama Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPNM bagi sesi 2011/2012. Semoga semua MT dan Exco akan menjalan tugas sebaik mungkin bagi melonjakkan kecemerlangan universiti bukan sahaja di peringkat tempatan di peringkat antarabangsa.
Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli
Monday, February 21, 2011
Perjuangan Berjaya, Cabaran Baru Mendatang
Sunday, February 20, 2011
Can I do it
Monday, January 31, 2011
Retreat Kesatuan Debat di Pangkor
Saturday, September 25, 2010
"God, King, Country"

- Hari ini saya terdetik untuk berbicara berkenaan dengan suatu perkara yg seharusnya sudah bersemadi dalam darah daging kita dan saya mengkhususkan kepada organisasi yg saya sanjungi dan hormati juga iaitu berkenaan dengan ketaatan kita kepada YDP Agong.
- Pagi tadi saya terasa sedikit kecewa, kerana seraya saya sedang berbicara dengan seseorang yg saya sanjungi peribadi beliau selaku seorang yg cemerlang; tentang perubahan dalam komuniti masyarakat kita ini yang berpaksikan kepada Ketaatan kepada YDP Agong ini perlu bermula dengan Angkatan Tentera Malaysia; telah ditemplelak oleh beliau secara keras.
- Hal ini menimbulkan kerisauan yang besar kerana disini adalah pusat dimana lahirnya seorang pegawai tentera dari 3 perkhidmatan yang akan menerajui organisasi masing-masing, tetapi apakah yang bakal terjadi sekiranya bakal pegawai ini tidak menyematkan di dalam hatinya bahawa ketaatan kita kepada YDP agung adalah yg tertinggi.
- Saya rasa mungkin beliau sedikit keliru dengan fahaman nya yg saya percaya lebih kepada pandangan individu semata-mata. Antara ungkapan beliau apabila saya berkata bahawa " Ketaatan Angkatan Tentera harus adalah kepada YDP Agong", beliau terus berkata, " Betol ker","Ak rase bende tu mustahil". Bayangkan hadirin sekalian, perkataan tersebut keluar dari mulut seorang bakal pegawai ATM dan mungkin bakal Panglima juga suatu hari nanti. Beliau juga berkata bahawa " Mustahil untuk YDP Agong untuk menyatukan semua kaum didalam ATM untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Rkun Negara dan Perlembagaan Negara".
- Saya berasa cukup tersentuh dalam hal ini kerana tatkala saya berbicara bukan sahaja kepada masyarakat awam tetapi dalam rancangan TV nasional apabila ditanyakan kepada saya adakah pemuda ataupun belia pada hari ini masih lagi patriotik dan sayangkan negara, saya dengan bangganya akan berkata " Kalau benarlah penyataan anda begitu, Mengapakah pada hari ini masih ramai anak-anak muda yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka, masa muda mereka, masa mereka bersama keluarga, kehidupan bebas mereka, mengharungi segala kesusahan dan kepayahan hidup hanya semata-mata demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. "
- Namun, tanpa disangka-sangka, rupa-rupanya terdapat individu dalam komuniti saya sendiri yang tidak mempercayai ungkapan ini. MasyAllah.
- Justeru hadirin sekalian, bagaimanakah kita (pegawai kadet) perlu bertindak dalam hal ini. Semua persoalan hanya akan terjawab apabila kita bermula dengan ketetapan dalam hati.
- Kalau itulah realitinya bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak akan bersatu di bawah YDP Agong (walaupun saya rase ini tidak berlaku, tetapi sekadar penjelasan kepada sesiapa yang berfikiran sedemikian), maka kitalah selaku bakal pegawai pada masa hadapan perlu meletakkan dalam hati dan naluri kita dan orang bawahan yang bakal kita pimpin bahawa kita perlu percaya dan menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara.
- Dalam Rukun Negara itu sendiri, Prinsip pertama: Kepercayaan Kepada Tuhan; dalam hal ini, semua bakal pegawai haruslah faham bahawa kita perlu mempunyai asas yang baik dalam agama supaya kita mampu melaksanakan tugas di perbatasan mahupun medan pertempuran dengan gagah dan berani.
- Prinsip Kedua: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Inilah yang saya katakan bahawa dalam keadaan bagaimanapun pergolakan politik, mahupun perkauman didalam negara kita ini, Kesetiaan dan Ketaatan kita hanya boleh berpasakkan kepada prinsip ini iaitu Kepada YDP Agong termasuklah semua Raja-Raja Melayu khususnya kepada ATM dan kepada masayarakat umum secara am nya.
- Jika sekiranya individu dalam ATM sendiri tidak memahami dan percaya perkara ini, maka siapakah lagi yang akan mempertahankan negara kita berdasarkan arahan di bawah YDPA sekiranya berlaku sebarang masalah yang berkehendakkan ATM untuk melaksanakan tanggungjawab.
- Selanjutnya tentang rukun negara ini, saya sarankan untuk mengkaji semula sebarang penyataan yang dibuat melalui sebarg sumber; contoh :http://www.jpnin.gov.my/web/guest/kesetiaan @ http://ridhuantee.blogspot.com/2010/09/islam-semai-semangat-patriotisme.html
- Akhir kata, saya amat berharap agar perkara ini difahami oleh semua lapisan masyarakat khususnya bakal pegawai dalam ATM (Pegawai kadet) yang berada di sini bersama saya. Kerana sekiranya kita sendiri tidak yakin bahawa kesetiaan kepada YDPA itu boleh dan harus dipupuk, maka siapalah lagi yang akan mempertahankan kedaulatan negara kita pada masa hadapan.
